Saturday, 21 January 2012

sayang!~~~

ingat tak masa kita sama0-sama keluar,,
minum air kongsi satu gelas,,,
guna 2 straw dalam satu gelas???
main berebut LP???
keluar jalan sama-sama???
SAYA RINDU AWAK...

sial...

tolong la,,
saya rindukan AZIZ BIN IDRIS!!!!~
TOLONG LA,,
kembalikan dia pada saya!!!~

copied by....

●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●
I - A M - N O T - A L O N E... A L L A H - I S - A L W A Y S - W I T H - M E
●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●
love....

its all about aeizyll...


Saya sayang kamu sangat-sangat.Saya tak pernah bayangkan yang saya akan kehilangan kamu.Tapi apa daya saya,saya tahu tak semua yang saya miliki akan kekal jadi milik saya.Saya hilang semua orang yang saya sayang dalam sekelip mata.Sakit saya tak ada sesiapa pun yang tahu.Air mata saya selalu membasahi pipi saya.Pada mulanya,saya rasa nyawa saya dah terhenti sebab saya dah hilang separuh dari diri saya.Tapi saya kuatkan hati saya untuk terima yang kamu bukan milik saya.Hati saya hancur sangat-sangat.Sayang,kalau kamu tahu air mata saya kering kerana terlalu sedih.Selalu air mata yang kuatkan saya.Saya selalu teringatkan kamu.Tapi kamu?saya dah tahu yang kamu sekarang dah ada pengganti saya.Mengapa kamu mainkan hati saya?Dahulu kenangan kamu dengan saya macam-macam.Kenapa kamu tak tunaikan?Semuanya menyebabkan saya kini takut untuk mengenali semua lelaki.Kerana saya takut andai saya akan mencintai orang itu,macam saya cinta kamu.Kesian kat saya,semuanya sia-sia.Saya setia dengan kamu,tapi cinta saya di mainkan oleh kamu,…Kamu tahu tak,saya selalu teringat pada semua kenangan antara saya dengan kamu.Disaat saya mengingati semua tu,air mata saya jatuh,saya tahu,hati saya rindu akan kamu,tapi,apa daya saya?Saya dah jadi masa silam yang lansung tak ada guna dalam hidup kamu.Kenapa?perlu ada perpisahan dalam hubungan kita?Mengapa mesti ada insan yang ketiga??Tolong saya,saya lemah tanpa kamu,nafas saya dah tak mampu lagi di hela.Saya betul-betul rindu kamu.Saat kita bercinta,saya seolah-olah dapat kekuatan yang saya sendiri tak mampu tafsir.Dan,waktu kita terpisah semuanya hilang macam pasir pantai yang dibawa ombak,.Dan izinkan saya tanya kamu,kenapa tinggalkan saya macam layang-layang tak bertali.Kenapa kamu perlu mainkan perasaan saya?Apa salah saya pada kamu?Mesti kamu bahagia dengan dia kan sekarang?Mesti kamu dah lupakan saya!Dah lupakan semuanya.Terlalu sakit untuk saya bayangkan.Tapi ini lah kenyataan nya!Dah la,saya pun malas nak layan perasaan saya.Saya hanya mampu doakan kamu,agar kamu dan dia akan terus bahagia.Semua harapan saya,nak hidup bahagia dengan kamu dah terpadam bagaikan lilin yang di hembus angin malam.Terus terpadam.Luka-luka dalam hati ini,biarkanlah.Lagipun semua dah terlambat.Mana mungkin saya dapat cintai kamu lagi kan?Kamu dah hampakan hati saya.Pintu hati saya dah tertutup rapat sangat-sangat.Saya sendiri tak mampu nak membuka nya.Tapi buat masa sekarang,biarkan lah hati saya bersendiri.Janganlah kamu mainkan perasaan insan yang menyayangi kamu.Kerana,kehilangan orang yang kita sayang terlalu menyakitkan.Bagaikan dihiris sembilu dan belati yang sangat-sangat tajam.Dan,saya harap kamu tahu.Yang saya sayang kamu sampai bila-bila kerana kamu cinta pertama saya.SEMOGA KAMU BERBAHAGIA,SELAMAT TINGGAL….

(25022011-15062011)…………..(AEIZYLL)

(15102011)
Setelah 4 bulan kita berpisah,akhirnya saya mengalah.Saya hubungi kamu kembali kerana saya tak mampu tanggung kerinduan yang bersarang dalam hati saya.Luruh air mata saya dengar suara kamu.Betapa saya begitu merindui kamu.Kenapa?Saya dapat rasakan yang kita dah tak mampu untuk terus bersama….

Hum,,dah la,saya rasa,its better kalau kita start from begin.As a friend,we’ll start it gained..Yup,,,J,saya percaya andai ada jodoh tak kan kemana,,L…he6,,J..Awak nampak bahagia dengan dia,Rasa tak percaya,tapi saya doakan kalian ,,moga kalian akan kekal <3 bersama,,,walaupun saya yang terluka,,,Saya akan tanggung kesakitan ini demi kebahagiaan kamu.Lagipun itu pilihan kamu.Saya bukan sesiapa yang ingin menghalang.Hanya bekas kekasih kamu.Yang dah tak berhak untuk menentukan apa-apa dalam hidup kamu.Betapa hati ku berdarah kerana perlu melepaskan cinta dan insan yang terlalu ku kasih lebih dari ku kasihi diri ku.Namun tak perlu lagi ku berduka kerana aku tahu,bahagia kamu,bahagia aku…Aku doakan semoga kalian kekal,dan mungkin waktu kalian akan disatukan aku akan hadir untuk membuktikan yang kita tak bersama dan waktu itu,maka terhapuslah segalanya antara kita,,segalanya…kisah janji di mungkiri lagi,,,


(25102011)..
Kini baru aku sedar mengapa kita bisa berpisah.Aku redha akan ini semua.Meskipun terlalu sakit untuk ku terima,namun demi kebahagiaan si dia aku terima seadanya.Benarlah kata:cinta sejati tak selalu dimiliki.Memang terlalu sakit untuk ku terima pada mulanya,namun kini,,,biarkanlah.Namun sesungguhnya mengenali mu sebagai seorang insan yang pernah bertakhta dalam hatiku,membuatku masih mampu tersenyum dengan lebar.Kasih 3 bulan 23 hari cukup untuk mengajarku erti cinta yang sebenar.Air mata yang selama ini mengalir sudah kering dan kembali untuk mengalir buat sebuah kejayaanku!Kenangan aku bersama kamu masih kukuh membeku di mindaku.Aku hanya mampu untuk mengenangkannya.Dan aku berharap agar aku masih mampu untuk bertemu dengan mu buat kali yang terakhir.Mengapa kini terlalu sukar untuk ku menerima sesuatu yang sememangnya milikku.Andai maut telah bersedia untuk menjemputku,aku terima kerana kini kau telah bahagia….

Semakin ingin aku lupakan kamu,semakin dekat rasa kamu dalam hati aku.Aku sedih kerana aku tak mampu untuk lupakanmu.Adakah kamu merindui aku seperti rasa yang ku rindu.Terlalu sakit untuk ku hela,namun harus ku telan segala kepahitan ini.Aku, sesungguhnya masih lagi menyintai kamu sedalam-dalam hatiku.Dan kadang-kadang aku dapat berasa yang aku ingin kembali bersama kamu.Tapi mungkinkah??Mungkinkah hubungan AEIZYLL akan mampu untuk bersatu kembali.Dan waktu kita bersama itu,aku berharap aku tidak akan menyakiti hati mana-mana pihak.Meskipun ini hanyalah khayalanku,namun ini lah yang terlalu ku harapkan.Namun aku takut untuk terus berharap. L..Takut sangat andainya aku dikecewakan kerana sebab yang kadang-kadang terlalu pahit untuk ku terima.Sedihnya menyayangi seseorang yang tidak menghargai kita..
(26102011)
Perasaan aku masih sama.Aku rindu kamu sangat-sangat.Kenangan aku dan kamu kini dah terulang.Kenapa aku mengharapkan kehadiran kamu sedangkan kini aku jauh dari kamu.Aku dah bawa diri aku jauh-jauh.Aku berharap agar aku dapat lupakan kamu.Agar segala kenangan antara aku dan kamu dapat terus lupus dari ingatan aku.Tapi malangnya aku tak mampu.Sayang,lepaskanlah hatiku.Izinkan aku untuk pergi jauh.Agar kita sama-sama bahagia dengan insan yang kita sayang.Insan yang telah kita pilih untuk mencintai dan dicintai.Biarlah kita sama-sama adil.Adil dan tidak tergantung..Sayang,kau cinta pertama dan terakhirku.Terlalu ku pasrah atas takdir ini.Mungkin ini yang terbaik untuk kita.Ya!sebuah perpisahan yang akan mengajar kita untuk menghargai sebuah cinta yang sejati.Mungkin tiada jodoh kita.Tiada jodoh yang mampu untuk kita ikatkan untuk kekal bersama.Andainya ini sebuah takdir untuk kita,pasrahkanlah sahaja.Kita yang merancang,namun harus kita ingat,ada yang menentukan.Namun jika ingin kembali,ingin sahaja ku ikat cinta kita serapat-rapatnya bersama ku.Agar tidak terlepas walaupun sesaat.Agar dapat bersama-sama kita terus berdua tanpa sebarang perpisahan.Perpisahan yang terlalu menyakitkan ku.Yang telah mengajarku erti derita yang teramat!Tapi aku bukanlah sesiapa,hanya insan yang mampu untuk berangan-angan,malangnya angan-anganku tidak mampu menjadi realiti.Akhirnya,aku yang terkulai…..mengapa kamu pergi???

(27102011)..
Wahai hati,aku mohon,,tabahlah agar aku dan kamu dapat sama-sama kukuh untuk jatuh cinta lagi..Termasuk bulan ini sudah dekat 4 bulan hubungan AEIZYLL tinggalkan kita.Biarkanlah hatiku,siapa kita untuk menyoal lagi soal cinta.Kita hanyalah insan yang lemah dan tak bermaya untuk menyintai dan dicintai..Aku rindu kamu sangat-sangat.Aku ingin terus bersama dengan kamu selalu.Agar aku dapat rasakan kebahagiaan yang terlalu ku rindui.Andainya dapat kamu baca luahan hatiku ini,ingin sekali aku luahkan,aku masih mencintaimu dengan sepenuh hati ku.Tak mungkin ku tipu perasaan ku ini.Perasaan yang telah ku pendam!!Sakitnya diriku sekarang..Sepastinya kasihmu terhadapku telah hilang!Mungkin kamu terlalu mencintainya..Dia!!insan yang telah kau cintai.Luka kini kembali berdarah andaiku ingati semula…Sayang!!Aku menyayangimu.Aku mohon kembalilah kepadaku.Aku merinduimu.Rindu yang terlalu.Semoga kamu dapat mendengar keluhanku!!

(05112011)…
Semakin hari entah kenapa rasa dendam dari hati aku semakin terhakis.Bahkan aku akui yang aku kini makin merinduimu.Aku tak mampu untuk fahami kasih ku lagi padamu.Mungkin cukuplah perkenalan kita sebagai sahabat.Aku tahu,kamu jua merinduiku..Aku berharap satu masa nanti kita akan dapat bersama semula.Tapi bilalah kan waktu itu nak datang,aku tetap akan menunggu waktu itu tiba.Aku akan tetap menunggu hinggalah waktu itu tiba.Waktu yang terlalu ku rindui.Terlalu aku rindui.Sayang ku pada insan yang pernah menggelarkan diriku sebagai teman baiknya kini berulang kembali.Namun aku hanya mampu untuk perhatikan dia dari jauh.Merindui dia dari jauh,biarkanlah dia bersama insan pilihannya.Aku hanya mampu untuk mendoakannya.Aku tahu,aku tidak berhak untuk mengetahui mengenai hidupnya lagi.Aku kini bagaikan insan yang mengharap sesuatu yang tak pasti.Mengharap akan sebuah kenangan yang hampir membunuh ku sendiri.Mengapa aku terlalu ego untuk menerima yang aku telah kehilangan teman yang ku sayang.Wahai hatiku,terimalah yang aku hanya dicipta sekadar untuk menyayangi dan tidak berhak untuk disayangi.Aku bukan sesiapa untuk disayangi dia.Biarkan lah yang berlalu pergi.Dan mungkin inilah memori yang terindah dalam hidupku.Walaupun pahit,inilah kenyataan.Kadangkala,kepahitan sebenarnya lebih manis dari bahagia.Aku berkata sebegini kerana aku telah belajar untuk menerima kehilangan insan yang terlalu ku sayangi.Anggaplah kepahitan dalam hidup ini hanya bagaikan secalit arang hitam yang turut sama-sama kau lakar dalam lukisan hidupmu.Mungkin pada mulanya terlalu menyakiti pandangan matamu.Namun,percayalah calitan itu suatu hari nanti akan mampu untuk melengkapi sebuah perjalanan kehidupan yang berbagai.Inilah kisah cinta yang tiada berkesudahan,dan aku disini,masih mengharap sebuah cinta indah yang bagaikan kisah ku,AEIZYLL…..
Sebuah kisah yang terlalu ku rindu,namun akan ku dakap segala memori ku ini,biarkanlah rahsia ini hanya menjadi kenangan yang termanis dalam hidupku sebagai seorang remaja yang masih belum bisa untuk mengenali apa itu  cinta…..


(06112011)…
Alangkah syok nyer,kalau aku dapat keluar sama-sama lagi ngan dia.Sama macam dulu-dulu kan…Hahahahahahahahaha…….. L.Cedeyh nyer!!Banyak sangat kenangan , ingat tak masa kita sama-sama keluar.Keluar minum-minum,banyak yang kita bualkan masa tu.Terlalu menyakitkan dan rasanya macam nak nangis sangat-sangat!
Nak nangis sampai rindu ni hilang.Alangkah indahnya andai waktu bersama kamu dapat aku ulang lagi dengan kamu.Tahukah kamu yang aku terlalu merindui kamu sekarang!!rindu ku dah tak mampu ku tahani lagi..Aku mohon,kembalilah kepadaku,,,

(07112011)
Lega hati ku dapat dengar suara kamu.Tahukah kamu?yang aku terlalu merindui kamu.Rindu yang teramat sangat.Rindu yang tak mampu lagi ku pendam.Rindu pada seorang insan yang terlalu ku sayang..aku mohon,kembalilah kepangkuanku.Biarkanlah semua yang pernah berlalu dibiarkan berlalu.Dapatkah kamu rasakan kerinduan yang aku pendam.Segalanya tak mampu lagi untuk pendami.Betapa hancur hatiku pabila kamu meminta aku putuskan talian kerana kamu ingin berbual dengan kekasihmu.Sakit yang terlalu pedih untuk ku tanggung.Sampai bila harus ku tanggung kesakitam ini?Sampai bila?Aku terlalu mengharapkan kepulangan mu sehingga aku terlupa yang kamu milik orang lain.Terlalu kejamkah diriku ini mencintai seseorang yang sudah tidak mencintaiku lagi?Adakah aku yang mempermainkan perasaan ku sendiri?Kejamkah tindakan ku ini?Masih panjangkah lagi kesengsaraan yang harus ku tanggung kerana keegoaan ku sendiri?Wahai hati,ampunilah aku kerana menyakitimu,memberikan mu harapan yang setinggi gunung.Sedangkan aku sendiri tidak lagi mampu menahan kesakitan kerana menyayngi mu.Ampunilah aku kerana kejam terhadap mu.Sedangkan aku tahu,aku perlu mengganti dirinya dengan kekasih yang lain.Namun aku seolah-olah menghukum diriku sendiri untuk tidak lagi mencintai orang lain.Dan aku mengharap kepulangan mu.Sedangkan aku sendiri tahu bahawa aku sendiri tak akan mampu untuk memilikimu lagi.Namun mengapa?aku harus menantimu?Mengapa aku menjadi seorang yang bodoh?mengharapkan seseorang yang tidak mencintaiku untuk kembali mencintaiku.Mengapa aku tidak mampu untuk menelan kepahitan sebuah realiti?Mengapa?Tolonglah berikan jawaban yang ikhlas kepada ku.Adakah dia miliku?Berikanlah kepada petunjuk tentang cinta..

(18112011)
Kini,sekianlah kisah antara kami…………..aku kini bangkit dengan semangat baru…selamat tinggal.. J

(19112011)
Aku berbual dengan kamu sampai jam 5 pagi,namun sesalan yang ku dapat!!adakah benar pilihanku,meminta kamu untuk lupakan aku??mungkin dihadapan mu aku akan terus berpura-pura seolah-olah aku sudah mampu untuk melupakan mu??sakit aku,,putuskan sebuah kisah yang aku sendiri cipta…terlalu sakit untuk melupakanmu….biarkanlah,aku menyayangimu…aku tetap menyayangimu,,akan sentiasa mencintaimu sepenuh hatiku…kerana aku tidak mampu untuk jatuh cinta kepada sesiapa pun..biarkanlah perasaanku terus-terusan begini..anggaplah kita tak pernah bertemu…anggalah ini sebuah mimipi yang menghancurkan hidup ku…semoga keputusan yang kuambil bakal membahagiakan hidupmu,,pergilah…………………………………………………duka!!

(23112011)
Kini,dapat ku rasakan bagai cintaku telah terubat.Dan aku mengharap kisah ini bakal menjadi kisah silam yang paling indah sekali dalam hidupku untuk tahun 2011.Biarlah kesakitan ini pergi bersama waktu dan nafas yang telah pun ku hela.Aku mendoakan agar kita mampu untuk bersama-sama lupakan segala-galanya.Aku mengharapkan engkau membaca setiap helaian ini dengan secangkir senyuman…. J

NUKILAN TULUS IKHLASJ….
Insan yang pernah menantimu..dan mungkin akan terus menantimu…
P/s:-cinta sejati tak seharusnya saling memiliki…


AKHIR SEBUAH
CINTA..
Nukilan:- Tinta Citra Chenta..
(27112011)
Mengapa,kadang-kadang kita lupa bahawa perpisahan adalah yang terbaik daripada sebuah perhubungan.Adakalanya,membenci adalah lebih baik daripada mencintai.Keperitan juga lebih manis berbanding bahagia.Itulah keindahan sebuah kehidupan yang terlalu ditakuti oleh semua insan.Namun inilah kenyataan yang perlu dijalani oleh semua manusia yang menginginkan kebahagiaan hakiki.Sebuah perpisahan pasti akan diikat dengan perjumpaan yang digelar jodoh.Benci mampu bertukar menjadi sayang seterusnya mencintai.Keperitan akan dihiasi dengan bahagia apabila kita tahu masih ada manusia diluar sana yang masih menyayangi.Melepaskan adalah yang terbaik daripada mengikat atau mengantungkan sebuah cinta.Kesakitan mencintai seseorang dengan penuh kesetiaan akan hilang apabila kau mengharunginya dengan ikhlas dengan redha namun bukan dengan pasrah.Kerana,pasrah membawa erti mengalah.Namun apa salahnya?mengalah demi sebuah kebahagiaan.Dunia cinta akan aku tinggalkan demi sebuah duania yang ku kira lebih baik.Dunia persahabatan.Mungkin aku tak akan terluka seteruk ini apabila aku meletakkan diriku dalam yang hanya mengenali erti sahabat dan bukannya cinta.Cinta sama dengan erti derita.Kita yang akan menanggung derita kerana kehilangan insan yang terlalu kita kasih.Dan apabila meletak kan diri dalam persahabatan pasti sebuah senyuman mampu lagi untuk dicangkir di bibir ini.Setelah sekian lama senyuman ku hilang dan diganti dengan air mata,kini air mata itu mampu diusap lembut dengan mengambil langkah untuk menutup terus pintu hati ini dan memilih untuk tinggalkan dunia cinta.Dan berharap agar sudah tidak akan ada lagi cinta yang menyebabkan tertumpahnya air mata..Biarkanlah aku menjadi insan yang terakhir menjadi mangsa cinta yang dihiasi air mata derita…Biarkanlah,,,

(01122011)
               (@_@),,,
...(T_T),,,
               (^_^),,                                 (+_+),,
                              (o_o),,
                                        (u_u),,
                                                            (I_I),,
      (W_W)                  (~_~)                       (:P),,               (00),,
                                  (*_*)   


            Kadang-kadang dalam kita tersenyum namun masih ada insan yang berduka..

       {:(},,               {K(},,              {x(},,
{*??*}               {c(}                {=(}               {0(}


             Maka,dalam,gembira ingatlah,masih ada yang berduka!!



                 NUKILAN:-
              TINTA CITRA CINTA..<3,,



(05122011)..
Ak sedih sangat2..sepanjang aku menyayangi dia,aku tak pernah kurang ajar dengan nya.Aku sayang kan dia,,ak sedih sangat2!!ak keluarkan kata-kata yang menunjukkan benci kepadanya!aku menipu diri sendiri dengan mengatakan yang aku membenci dia.Sumpah aku tak pernah membenci dia!tak pernah dan tak mungkin..sedih!!!!!mengapa perlu aku menyakitkan hati ku sendiri,,mengapa perlu aku bohongi diriku??mengapa perlu untukku berpura-pura??ak masih mencintaimu!!terlalu!!!sakitnya!



(111211)
Aku jujur kini.Aku masih mengharapkan mu..mungkin,,aku dapat rasakan kehilangan mu.Hatiku perit.mungkin ini yang terbaik untuk kamu dan aku.Maaf andai aku pernah melukis harapan yang tinggi untuk mu.Aku yang bersalah kerana jatuh cinta dengan mu.Aku kini sedar yang kamu bukan untukku.Kamu tidak diciptakan untukku.Tiada jodoh antara kita.Dan aku terimanya,apa adanya,,sakit kini biarkanlah,mungkin kamu bukan yang terbaik untukku…

(121211)
Sesungguhnya aku gagal untuk mengenali cinta.Aku gagal untuk meluahkan dan untuk menegaskan perasaan ku sendiri.Aku tidak mungkin akan kembali menjadi milikmu.Aku mohon,bantulah aku untuk melupakan mu.Segalanya tentang mu.091112-aku mendapat tahu yang engkau kemalangan.Aku meronta-ronta ingin menjengukmu.Namun aku kuatkan hati,aku meminta bantuan Fahad untuk menjaga mu bagi pihakku.Karena aku tahu aku tak akan mungkin berada di sampingmu untuk merawatmu.Aku texting kamu melalui fb,namun sayangnya aku dapat rasakan yang seolah-olah engkau sudah tidak ingin aku untuk menggangu mu lagi.Mungkin engkau amat marah dengan ku karena aku telah kurang ajar dengan mu.Mungkin kau akan membenci ku.Tapi,,mampukah aku ? untuk membenci mu?mampukah aku??lalu aku mengambil keputusan untuk tidak menggangu mu lagi,dan kelihatan seperti kamu senang dengan keputusan ku.Maka kini jelas bagi ku bahawa,aku sudah tidak ada lagi dalam hatimu.Baguslah sayang,demi kebahagiaan mu,aku terima apa adanya.Aku dapat tahu yang kamu dapat masuk UITM Machang.Kamu amik course management.Aku hanya mampu untuk tersenyum.Aku doakan kejayaan mu.Dan moga,kamu akan menemukan seseorang yang mampu dapat menjaga mu lebih dariku.Biasalah,aku insan yang jauh denganmu,aku tidak mampu untuk menjaga mu dengan baik.Maka,tidak hairanlah andai kita berpisah,aku terima meski hati ku sentiasa menangis meminta kamu kembali.Namun siapa aku untuk mengadili hidupmu??Siapa aku??Hanya seorang manusia yang kehilangan sebuah cinta.Seorang manusia yang gagal kerana cinta,maka,tidak layak rasanya ku untuk terus bertakhta dalam hatimu.Tidak pantas ku untuk menentukan setiap lakaran-lakaran indah dalam hidupmu.Semoga engkau akan menemukan seorang kekasih yang sangat setia dan amat mencintaimu dengan keikhlasan.Aku akan sentiasa doakan mu,biarlah…..Aku sudah bersedia atas kehilangan mu dan semoga aku diberikan kekuatan untuk jatuh cinta lagi….

(14122011)Aku rasa kini sudah cukup untuk ku tangisi lagi atas perpisahan ini.Mengapa selama ini aku terlalu bodoh untuk setia kepada mu.Sedangkan ,aku bukan sesiapa pun denganmu.Aku sudah tak mahu lagi mencintaimu.Aku telah post-kan kat wall Fb aku “Esok sudah cukup 6 bulan aku menangis macam orang gila,dan aku dah tak mahu lagi nama Azizi b. Idris dalam kamus hidupku.Dah la,AKU DAH SERABUT!”Ya Allah,aku mohon berikanlah aku kekuatan yang seadanya untuk menerima yang dia bukan lagi milikku.Dan kini,aku lepaskan dia dengan kerelaan hati.Aku dah tak mahu menangis kerana cinta.Biarkan hubungan ini menjadi cinta pertama dan yang terakhir dalam hidupku,menangis kerana cinta yang lansung tidak bermakna.Ah,aku dah tak mahu menjadi seorang gadis lemah yang boleh tunduk kepada mana-mana lelaki kecuali tunduk sebagai taat ku kepada seorang suami.Aku dah letih untuk bercinta.Baik aku habis kan masa dengan layan buku-buku.Hahahahaha,lawaknya rasa hidup ku sekarang,tapi ini lah perasaan yang aku inginkan,iaitu,engkau pergi dari hidupku.Selama-lamanya….(25022011-15062011-15122011)1tahun 13 hari aku mengenal mu.Dan sekarang,aku sudah mampu untuk mengenalmu..selamat jalan duka…Aku kini mampu untuk tersenyum tanda aku bahagia tanpa cinta..

(30122011)
Esok tamat lah tahun 2011.Tahun yang amat menyakiti ku.Dan aku mengharapkan agar cerita ku pada tahun 2012 akan membawa kepada erti bahagia.Sesungguhnya ,aku mengakui sehingga hari ini bayangan mu terus berada di hatiku.Aku gagal untuk melupakan mu.Bairlah aku menyayangi mu dari jauh,dan biarkanlah kasih sayang dan cinta ku kepada mu ku pendam seerat-eratnya dalam hatiku.Biarkanlah rasa ini menjadi rahsia dakam hidupku.Entah mengapa aku dapat rasakan kerinduan yang mendalam kepada mu.Sedangkan kamu?pasti kamu telah melupakan ku sepenuh hati.Aku hanya mendoakan kebahgiaan mmu bersamanya akan kekal untuk selama-lamanya.Mengapa aku sering disakiti?Aku kini nekad,untuk tidak akan jatuh cinta lagi..Biarlah waktu berlalu,aku tak akan mencari penggantimu,kerana?AKU TAK MAMPU UNTUK MENDUAKAN CINTA KU YANG SATU.Cinta yang akan kekal dalam hatiku ini.Biarkan rasa ini kekal disini.Biarlah aku seorang mencintaimu dari jauh.Mengapalah?terjadi perpisahan dalam hubungan kita?Mengapa aku diuji dengan ujian yang begitu menyakitkan?Sedangkan aku hanyalah ingin mencintaimu.Aku ikhlas.Tapi?mungkin kamu bukan takdir dalam hidupku.Akuu hanya mampu untuk memimpikan mu.Namun hatiku terlalu merinduimu.Terlalu ingin bertemumu.Terlalu merinduimu..Berikanlah kepadaku sesaat untuk melupakan mu.Namun aku tak akn pernah bias.Mengapa kita di takdirkan untuk bersama?Andainya percintaan yang kita sulami hanya lah sementara?mengapa aku diuji sebegini?Apa salahku?Pada siapa harus ku luahkan perasaan ini?Pada siapa harus ku mengadu?Tiada siapa yang mengerti perasaan ini.Tiada siapa yang mengerti hati ku ini.Tiada siapa yang mampu untuk mengerti betapa kau  begitu beerti dalam setiap helaan nafasku.Betapa engkau terlalu ku cintai dengan sepenuh hati.Kau mengharap andainya engkau membaca warkah ini.Agar engkau tahu apa yang aku rasakan sepanjang perpisahan yang menyakitkan ini.Terlalu sakit.Disaat kau melamarku sebagai kekasihmu,itu lah saat yang paling membahagiakan ku.Dan disaat engkau memutuskan perhubungan ini,sungguh,aku rebah.Aku tidak mampu untuk menahan sebak di dada ku.Aku meraung dan menangis dengan sepenuh hati.Sayang,andainya tidak berlaku perpisahan ini,pastinya tinggal 2 bulan lagi untuk melengkapkan ulang tahun pertama perhubungan kita….Azizi,kamulah,insan yang kupilih untuk terus menjadi kekasihku.Meskipun kamu milik dia,aku akan kekal mencintaimu.Selama-lamanya..Aku mungkin tak akan mampu untuk bercinta,kerana?Aku takut untuk mengenali cinta..Cukuplah kamu seorang.Semoga kamu bahagia dengan nya…Amin,,
p/s:-Aku mencintaimu sayang ku.Sayang ku sehingga akhir hidupku.Kamu insan yang terpilih..
(aishiteru,chan rak ter,wo ai ni,I love you)aeizyll……………<3






(30122011)
Wahaha!Tak sangka,hari ni 30122011,pada jam 8.45malam,jumaat,aku diikat kan dengan sebuah hubungan antara aku dan seorang yang mungkin akan setia dengan cintaku.Mungkin.Dia,insan yang telah memilih ku untuk menjadi kekasihnya.Sungguh,aku tak sangka aku akan menerimanya.Dengan alasan,ak tak ingin menyakitinya.Alasan yang akan menyakitiku sendiri?Mungkin aku tidak lagi perlu mengharapkan akan kehadiran Azizi lagi.Mungkin dia milikku.Aku akan berusaha untuk melupakan sebuah perhubungan yang tidak akan mungkin kembali lagi.Cukuplah,mengharapkan sesuatu yang tak pasti.Cukuplah,hubungan aeizyll tak akan kembali lagi.Tak akan dan tak akan pernah.Aku terima Muhaimin dengan ikhlas.Aku tak akan mainkan perasaan orang yang telah memilihku.Tak akan dan tak akan pernah…
(01012012)
Mungkin inilah lembaran terakhir aku menulis.Dan disini,perasaan ku telah jelas yang aku benar-benar akan setia dengan seseorang yang mungkin telah membawa sinar baharu dalam hidupku.Akhirnya,tahun 2012,dapat lah juga ku coretkan sebuah senyuman dalam hidupku.Aku akui dia seorang yang begitu sempurna bagiku bagi sudut agama.Katanya,aku merupakan cinta pertama nya.Ketika aku persoalkan mengapa memilihku sebagai insan pertama untuk bergelar kekasihnya,dia hanya menjawab yang dia menyukai sikap ku yang jujur.Sungguh aku katakana yang aku terlalu terharu dengan sikapnya yang begitu bertanggungjawab.Walaupun selang usia kami hanyalah 2 tahun,tapi dia begitu penyayang.Dia merupakan anak pertama dalam keluarganya.Ketika dia memutuskan untuk pulan ke Johor,hatikubegitu sakit,namun ketika dia putuskan untuk berada di Kelantan bagi menjaga adik-adiknya,aku dapat rasakan dia seorang yang begitu yang bertanggungjawab dengan tugasannya sebagai seorang abang.Ibunya telah memilih untuk mendampingi abahnya yang bekerja di Johor.Maka,kini tanggungan sebagai abang tergalas dibahunya.Entah la,aku tidak pasti,mampukah aku kekal dengannya.?Mungkinkah aku tak akan lagi dilukai seperti dahulu?Dilukai oleh seseorang yang terlalu ku kasih..Aku doakan moga-moga aku akan mampu untuk mencintai dan setia dengan nya sepenuh hati hingga ke akhir hayat ku………………

Dan,kepada Azizi bin Idris,
Terima kasih kerana telah melepaskan hatiku.Terima kasih kerana pernah meletakkan aku dalam hatiku.Kini,adillah kita.Terima kasih kerana melupakan segalanya kerana aku telah mengotakan 4 janji ku kepadamu iaitu:
~mencintaimu.
~menyayangimu.
~setia dengan mu.
~dan kejayaan 8A ku termakbul atas doamu juga.
Terima kasih kerana menyedarkan aku yang engkaulah cinta pertama dalam hidupku yang sebenar-benarnya.Aku doakanmu bahagia dengan insan yang kau pilih untuk mencintai dan dicintai.Aku bukanlah yang terbaik untukmu.Aku tahu,pasti engkau bahagia dengannya.Namun,aku percaya,jika ada jodoh,pasti kita akan bertemu lagi.Semoga tahun 2012 ini akan memberikan mu ketenangan yang hakiki tanpaku disisi mu lagi.Tapi,jika kau memerlukanku,aku bersedia untuk menjadi sahbatmu.

(19012012)
Kini,aku tak dapat tafsirkan perasaan ku sendiri.Namun aku bahagia sekarang,bersama ilmu dan kekasih yang setia dan amat memahami diriku ini.Kekasih ku…aku memohon kemaafan kerana masih belum dapat untuk mencintaimu sepenuh hati.Namun aku akan tetap untuk berusaha mencintaimu.Hum,,entahlah,kini aku ingin focus dalam setiap langkah yang ku pilih.Mungkin takdir Tuhan kepada ku sudah cukup sempurna dan aku akui walaupun tahun 2011 meninggalkan kesan yang memeritkan dalam hidupku,namun aku bahagia kerana kini aku semakin untuk mencuba yakin bahawa aku milik orang yang mencintaiku,bukan milik orang yang aku cintai.Dan aku bosan untuk mengharapkan kepulangan Azizi kembali.Namun,perasaan tidak boleh menipu….Aku masih teringatkan dia…………………………L..T_t